Meluat dengan Umno itu merupakan satu fitrah bagi orang PAS. Yang peliknya, ada pula pimpinan yang mengatakan PAS nak bercinta@kahwin@bergabung dengan Umno. Satu kepelikan bagi aku kerana tuduhan nak masuk Umno itu dibuat ke atas beberapa individu kepimpinan PAS yang berada di dalam Majlis Syura Ulamak. Daripada hari demi hari. Minggu bersilih ganti. Bulan berganti bulan. Isunya masih sama walhal keputusan telah dibuat oleh Muktamar Tahunan PAS untuk menolak kerjasama dengan Umno akan tetapi masih mengekalkan keputusan Majlis Syura Ulamak untuk bermuqabalah dengan puak Umno.
Sebagai ahli diperingkat bawahan, kami sama sekali TIDAK BERSETUJU PAS UNTUK BERGABUNG dengan Umno. Sedangkan bekas Umno (PKR) lagikan pihak kami kurang bersetuju dan tidak rela tetapi memandangkan arahan, kami patuh dan taat arahan pimpinan untuk memberi kerjasama.
Bila mana ada dikalangan pimpinan PAS berserabut mengenai isu masuk Umno ini dan memberikan pandangan peribadi di dalam blog membelakangi keputusan Muktamar dan Majlis Syura Ulamak, aku rasa agak sedih. Kenapa mesti wujud golongan yang dikategorikan 'ketegaq' dalam memahami waqi' dan hadaf jemaah hinggakan memberikan pandangan seolah-olah menyuruh PAS menanggalkan baju Islam? Kononnya golongan bukan Islam agak gerun dengan Islam yang dibawa oleh PAS. Lupakah pimpinan tersebut, Manifesto PAS yang menyebut Ke Arah Negara Berkebajikan? Apakah Negara Berkebajikan itu tidak memenuhi ciri-ciri negara Islam? Apakah kempen yang dibuat oleh pekerja Parti dalam PRU12 lalu langsung tidak mengaitkan konsep Negara Berkebajikan itu dengan Islam?Kalau berlaku sebegini amat memalukan jemaah, lantaran ada pihak yang tidak memahami Manifesto PAS dalam PRU12 yang lalu.
Sebagai penutup bicara, kepada pimpinan-pimpinan tersebut. Fahamilah bahawa kami tidak sekali-kali rela PAS bergabung dengan Umno dan kami juga tidak rela jemaah diperkudakan oleh golongan yang rakus untuk berkuasa. Fahamilah, golongan yang rakus untuk berkuasa hanya menggunakan DSAI sebagai ikon mereka. Sekiranya telah berada dipuncak kuasa, tidak mustahil DSAI disingkirkan pula oleh mereka. Terimalah ini sebagai satu peringatan!
[...]