PASCA PRU 12: Jasa yang dilupakan

0 komen

Akhir-akhir ini banyak puak terutama dikalangan blogger yang mendabik dada kononnya merekalah yang menyebabkan BN hampir-hampir tumbang dan turut tumbang di 5 negeri. Golongan ini yang cenderung kepada berkehendakkan kemenangan yang cepat atau golongan musta'jilun semakin hari semakin bertambah. Mufti bagi golongan musta'jilun ini dengan gelaran **-********* semakin hari semakin menonjolkan taring. Segala pandangannya dan golongan yang serasi dengannya diangkat, dijunjung, dipuji selangit tinggi dan golongan yang tidak sealiran dimaki hamun, dicerca, dinista sehinanya. Semakin hari semakin ramai yang menjunjung tinggi pandangan mufti puak ni. Ketua Psikologi @ Serangan puak ini iaitu ******* **** semakin hari, semakin ligat menghentam kepimpinan jemaah. Kini mereka mendabik dada dengan kenyataan bahawa bloggers lah yang berperanan besar sehingga menyebabkan BN hampir bungkus dalam PRU lalu.

Akan tetapi mereka lupa,

1. Kemenangan yang turut dikecapi mereka ini adalah atas usaha golongan yang terdahulu yang bertungkus lumus memantapkan jemaah.

2. Bahawa kemunculan mereka dan kepopularan mereka di alam siber ini adalah kerana satu gelombang yang telah sedia ada digerakkan oleh penggerak jemaah sebelum PRU 12.

3. Bahawa Tranungkite hampir berkubur kerana serangan DDOS dan segala sumbangan kini tidak lagi dihulurkan kepada Tranungkite.

4. Mereka tidak popular jika tidak dihighlight oleh Portal Tranungkite.

5. Mereka tidak mampu menarik pelawat ke blog mereka jika tiada 'one-stop centre' seperti Tranungkite yang sudi menerima artikel mereka untuk disiarkan.

Jadi, betulkah bloggers berperanan besar dalam kemenangan PRU 12 yang lalu? Fikir-fikirkan...

[...]

Uji Bakat PASTI Negeri Kedah

0 komen

[...]

Pasca PRK Bagan Pinang : Aku start bisnes

0 komen

Setelah selesai PRK Bagan Pinang dengan keriuhan dan kekecohannya, maka aku pun masuk start berbisnes. Laman jualan aku secara online:

http://maktabah-affendy.blogspot.com


Ada duit lebih-lebih sikit esok-esok, insya Allah aku bercadang nak sponsor orang yang aku hormati iaitu Abang Mer untuk sambung mengaji ke peringkat PhD sampai tamat. Sumber inspirasi aku nak sponsor ni datangnya dari apa yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Merbok, Ustaz Mohd Zahir Ghazali yang membiayai pengajian beberapa orang Ustaz di Mesir. Mudah-mudahan niat aku ni dimakbulkan Allah Rabbul Jalil. Ameen Ya Rabb.

[...]