Blogger Biadap Pasca Muktamar

3 komen

Muktamar Tahunan PAS kali ke 54 telahpun melabuhkan tirai minggu lalu. Cakap-cakap selepas Muktamar masih lagi berbunyi. Terbaru, seorang blogger penakut @ pengecut telah memainkan isu berhubung kepimpinan PAS. Isu yang dimainkan memang terjurus ke arah memecahbelahkan perpaduan ahli jemaah. Blogger yang dimaksudkan ialah http://antihusam.blogspot.com

Entah kerana beliau meluatkan Dato' Husam menyebabkan penghinaan demi penghinaan dilakukan terhadap Dato' Husam dan beberapa pimpinan yang lain. Beliau juga membangkitkan isu berpuak-puak dikalangan pimpinan sehingga menggelarkan segelintir profesional di dalam PAS sebagai "Kumpulan Erdogan" yang kononnya diketuai oleh Dato' Husam. Ini fitnah terbaru yang cuba ditusukkan di dalam jemaah. Saya menyeru kepada pihak pimpinan dibawah teraju Tuan Guru Presiden untuk mengambil tindakan ke atas blogger yang biadap ini dan menyiasat siapakah dalang disebalik blog yang ber'URL'kan http://antihusam.blogspot.com. Kesatuan jemaah perlu dipadukan dan blog berunsur fitnah sebegini yang tidak bersumberkan maklumat yang benar haruslah ditolak dan gembleng tenaga dikalangan pimpinan yang mempunyai blog haruslah ada bagi meragukan fitnah yang dibangkitkan.

[...]

Peperiksaan STPM 2008

0 komen

Jadual yang aku surf dalam internet. Buat panduan calon2 persendirian yang masih tak tahu jadual. Dalam web Majlis Peperiksaan Malaysia pun tak keluaq lagi. Yang ni aku surf dan baru jumpa.

Ujian Lisan Bahasa Arab : 16, 17,18 September 2008 ; 22,23,24 September 2008

Peperiksaan bertulis :

9/11 perakaunan1 (8-11) | biology1 (8-9:45) | bahasa cina1, tamil1, syariah1 (2-5)

10/11 bahasa cina 2, tamil2, syariah2 (8-11) | perakaunan2 (2-5) | bio2 (2-4:30)

11/11 maths S1 , T1 (8-11)

14/11 PA1 (8-10) | Seni visual 1 (2-5)

15/11 PA2 (8-11) | Usuluddin 1 (2-5) | Physics1 (2-3:45)

16/11 BM1 (8-10) | Physics 4 (8-9) | Maths S2, T2 (2-5)

17/11 Seni Visual 2 (8-11) | Bahasa Arab 1 (2-5) | Chemistry 1 (2-3:45)

18/11 Pengajian Perniagaan1, Further maths 1 (8-11)

21/11 Bahasa Arab 2, Kesusasteraan Melayu1 (8-11) | Chemistry 2 (8-10:30) | Ekonomi 1 (2-5)

22/11 Sejarah 1 (8-11) | Physics 2 (8-10:30) | BM2 (2-5)

23/11 PEngajian Perniagaan 2, Further maths2 (8-11) | Geografi 1 (2-5)

24/11 Literature in english1 (8-11) | computing 1 (8-10:30) | Bio 4 (2-3) | Seni Visual 4 (2-4)

25/11 Geografi 2 (8-11)

28/11 Ekonomi 2 (8-11) | Kesusasteraan Melayu 2 (2-5) | Chemistry 4 (2-3)

29/11 Literature in english2, Usuluddin2 (8-11) | Computing 2 (8-10:30) | Sejarah 2 (2-5)

Sumber : http://www.recom.org/forum/showthread.php?t=2571

[...]