4.11.2011

Menunggu Masa Melepaskan Jawatan

Alhamdulillah...aku hanya menunggu detik dan ketikanya Mesyuarat Agung Tahunan untuk bertukarnya sesi kepimpinan Pemuda Padang Serai. Pada kali ini seperti pemilihan lalu, aku tak bertanding. Hati aku berat untuk bertanding untuk sekian kalinya dalam Dewan Pemuda yang aku hitung sudah 7 tahun aku sertai. Walaupun dikira dari segi usia, aku masih boleh untuk bersama Pemuda, namun hati aku memberontak tak terdaya untuk bersama dengan pemuda di peringkat kawasan. Biarlah aku menerajui pemuda di peringkat lokaliti tempat tinggal ku.

Memegang amanah mengurus PASTI merupakan cabaran terbesarku selain pengalaman sebagai Ketua Penerangan. Walaupun sebagai Pengerusi PASTI yang bukan sebagai ahli Dewan Harian, aku rasakan jadual hidupku terlalu padat sehinggakan seolah-olah tiada seharipun masa untuk tak terlepas dari mesyuarat. Aku bukan berada diperingkat negeri mahupun pusat sampaikan tiada masa untuk aku melepaskan lelah. Alangkah seronok aku lihat rakan-rakan lain yang boleh mempunyai masa untuk bersenang lenang bersama keluarga dan melakukan hal-hal peribadi. Memori sebagai Ketua Penerangan terpahat dalam memoriku antara jawatan tertinggi biasa ku pikul dalam Dewan Pemuda. Jawatan ini antara jawatan yang boleh menyebabkan seseorang tu jadi glamer. Tetapi kerjabuatnya memang memerlukan daya tenaga yang kuat dan kecekalan. Jadual hidup memang padat dengan aktiviti dan mesyuarat ketika aku menjawatnya. Cuma levelnya agak tinggi berbanding Pengerusi PASTI iaitu ia sebagai anggota mesyuarat Dewan Harian.

Suasana kedamaian dihati tanpa rasa serabut dapat aku kecap seketika sewaktu dipanggil Allah swt sebagai TetamuNya untuk aku menunaikan ibadah haji tempoh hari. Masa yang terbaik buatku untuk mengoreksi diri dan bersenang lenang. 

Aku mengambil ketetapan untuk tidak bertanding memandangkan aku sedang melanjutkan pengajian ku secara jarak jauh. Masa merupakan antara faktor penting buatku. Aku tidak dapat menguruskan masa dengan baik semasa dalam Dewan Pemuda. Biarlah aku tumpukan perhatian terhadap pelajaranku tanpa diganggu dengan aktiviti-aktiviti yang aku tak rancang dalam Dewan Pemuda. Sekurang-kurangnya tak adalah orang nak panggil aku dah untuk perasmian penutup acara Sukaneka PASTI cawangan selepas ni. Hehe...

Wallahu a'lam.

0 komen:

Post a Comment

Silakan untuk komen isu yang dipaparkan. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Taip sahaja. Elakkan daripada caci maki. Itulah harapan pihak kami.

Countdown

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons