1.03.2011

Selamat Datang Pemuda PAS Semalaysia Ke Kedah

Program Himpunan Raksasa Pemuda PAS Malaysia iaitu kira-kira seramai 30 ribu orang yang akan berkumpul di Kompleks PAS Kedah tanggal 19 Februari 2011 iaitu pada hari Sabtu amat dialu-alukan. Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum. Bagi diriku, moga-moga dengan keberkatan perjumpaan ini akan menautkan hati-hati pejuang Islam di Kedah yang kini nampak dalam keadaan berantakan. Suasana ukhuwwah perlu disemaikan semula, Hadaf perjuangan mesti ditegakkan. Semoga pihak pemerintah Kerajaan Kedah tunduk dan akur dengan arahan pimpinan Pusat dalam melaksanakan Islam dengan tersusun dan bukan dengan retorik strategi semata-mata.

Moga-moga hati-hati ini sentiasa bertaut di atas cinta kasih kepada Allah swt dan sentiasa berada di atas landasannya yang benar.

Perkenankan doa kami. Amin Ya Rabb!!

0 komen:

Post a Comment

Silakan untuk komen isu yang dipaparkan. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Taip sahaja. Elakkan daripada caci maki. Itulah harapan pihak kami.

Countdown

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons