Assalammu alaikum warahmatullah,
Sekarang ni rancangan realiti tv tunduk dengan kehendak para alim ulamak yang menjurus kepada program berbentuk keagamaan. Mujur ada ulamak. Kalau tak ada ulamak, nescaya orang hanya kenali program realiti tv hanyalah program hiburan semata-mata yang sudah pasti mengasyik dan melalaikan. TV9 popular dengan rancangan Akademi Al-Quran, Cari Menantu dan Gadis Melayu. Manakala Astro pula melalui saluran islamiknya Oasis, telah mengetengahkan program IMAM MUDA. Julung-julung kali diadakan program mencari bakat-bakat baru menjadi imam melalui rancangan realiti tv. Hari ini di akhbar propemerintah
terpapar berita yang datang dari benua Eropah berhubung laporan meluas mengenai program realiti tv tersebut. Beberapa akhbar seperti Tagesspiegel, Merkur Online, Sueddeutsche Zeitung danTagesanzeiger telahpun mensensasikan rancangan televisyen yang sedang dipertontonkan ini.Bagi aku, semestinya upline aku dalam HR (produk susu kambing HiGoat) iaitu Ustaz Muhammad Khairul Azhar Ghazali menjadi pilihan sebagai pemenang. Sekiranya beliau terpilih untuk menang, nescaya nama Padang Serai akan kembali gah seperti gahnya nama Ahli Parlimen Padang Serai iaitu Saudara N. Gobalakrishnan.


11:08 AM
Azwan Affendy

0 komen:
Post a Comment
Silakan untuk komen isu yang dipaparkan. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Taip sahaja. Elakkan daripada caci maki. Itulah harapan pihak kami.