Konvek HPA 2009

0 komen

Pada konvek HPA 2009 yang akan berlangsung di Dewan MAEPS, Serdang hari Sabtu ini, aku akan naik ke pentas untuk terima anugerah sebagai Pengarah Jati (PJ).

Daripada senarai seramai 605 orang penerima, aku ialah orang ke 115. Aduh...tersiksa menunggu dibuatnya....

Maka sabarlah sebagai segala ubat bagi menempuh saat penantian tersebut.

Artikel yang disunting dari blog Pengurus Besar Al Wahida Marketing yang dipanggil oleh kekandaku Ustaz Zaidi dengan nama Chon...

LIST PENGARAH JATI YANG AKAN NAIK KE PENTAS KONVEK

000092.MY01 ABDUL LATIFF BIN HAJI MAT LAZIM (Org Pertama)
000370.MY01 RAMLI BIN DERAMAN
000611.MY01 MOHD YUSFEE BIN MOHAMED YUSOF
.
.
.
.
241097.MY01 AZWAN AFFENDY BIN AHMAD ZAHIDI (Org ke 115)
.
.
.
511780.MY01 SYARUL ANUWAR BIN YAACOB
511945.MY01 MD SHAMSUDIN BIN MUDA
512803.MY01 SHAHAROL BIN ABDULLAH (Org ke 605)

PASTIKAN PAKAIAN BLAZER DAN KEMAS
TAHNIAH DARI GM

[...]

Ikrar Sumpah Setia Tahun 2006 yang lalu

1 komen

Kami diajar untuk memahami apa itu sumpah setia pada tahun 2006 setelah lama kalimah jihad tenggelam. 2009 Islam dilihat tidak lagi menjadi peranan penting dalam gerak kerja jamaah. Kekuatan Islam telah dirobek oleh musuh tanpa disedari. Islam kini diperalatkan bukan lagi memperalatkan. Kuffar kini berselindung disebalik Islam untuk menjayakan agenda mereka. Demi berpaut kepada sumpah yang dijanjikan, Islamkan tetapku pertahankan bersama-sama golongan yang memimpinnya. Nah terimalah sumpah yang telah diikrarkan;

Dengan ini saya berikrar, akan terus bersungguh-sungguh bekerja di dalam jamaah Parti Islam SeMalaysia (PAS),
atas dasar dengar dan taat sama ada di masa cergas atau malas,
di atas dasar bernafkah di masa susah atau senang,
di atas dasar menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran.
Di atas dasar bangun kerana menegakkan agama Allah,
tidak kira celaan orang yang mencela, dan
di atas dasar mempertahankan Rasulullah
sebagaimana saya mempertahankan diri saya, isteri-isteri dan anak-anak saya
sehingga akhirnya menang atau syahid!
Jika saya melakukan semua ini, saya penuh yakin, syurgalah ganjaran dariNya.

[...]