Bendera Angkatan Laut Khairuddin Barbarossa

0 komen


Kita dikelirukan oleh puak-puak Yahudi dengan simbol "Star of David" yang kononnya adalah simbol mereka. Simbol bintang ini satu ketika dahulu pernah digunakan oleh angkatan Turki Beyliks dari Anatolia yang digelarkan oleh mereka "Seal of Sulaiman". Simbol ini turut digunakan di zaman Empayar Othmaniah.

Nak tahu lebih lanjut, klik http://themalaypress.blogspot.com/2009/01/fikirkan-cop-mohor-sulaiman-as.html

[...]

Menanti blog sahabat kembali beroperasi

0 komen

Setahun telah berlalu, penantian untuk melihat sahabatku chu-e al-dikki kembali menulis di alam maya ini merupakan satu harapan. Setelah dikurniakan isteri dan seorang mujahid, Umar Al-Faruq sahabatku ini bagaikan berada dalam alam mimpi. Kegiatan dalam jamaah kelihatan semakin kendur. Sebagai sahabat, aku sentiasa mengharap dan mendoakan agar sahabatku ini tidak futur dalam perjuangan. Kini, setelah setahun beliau menyepikan diri, agenda tarbiyyah kembali dihangatkan beliau sebagai seorang naqib merangkap murabbi untuk usrah yang ku sertai. Masih panas lagi dan bersemangat sekali penyampaian beliau dalam mentarbiyyah kami sahabat-sahabat yang kurang mengerti bagaimanakah konsep tarbiyyah ikhwan yang sejati.

Harapanku agar sahabat yang dikasihi, chu-e al-dikki dapat kembali menulis. Semoga cita-cita melangsaikan penulisan novel beliau yang telah diberikan nama Al-Bukakein dapat beliau realisasikan selepas mendapat semangat al-buka kain sepanjang setahun yang lalu. Ayuhlah kembali menulis wahai sahabatku. Ku menanti penulisanmu di blogmu yang telah lama ditinggalkan di http://fatamorgana-cui.blogspot.com. Jangan biarkan blogmu bersawang. Bangkitlah wahai sahabatku!!

[...]

Musim offer jawatan kepada aku

0 komen

2 minggu sudah, Ketua Penerangan Kawasan approach aku, minta aku jadi AJK dia. Aku habaq, nanti sat. Bagi kat aku peluang untuk buat solat Istikharah dulu. Sampai la ni aku tak buat lagi. Tak tau pasai pa. Mungkin pasai kalut ngan Karnival Sukan budak-budak PASTI. Kemarin, Ketua Pemuda mesej, pun minta aku jadi AJK dia. Aku habaq kat dia, bagi masa 3 hari. Pasai nak buat Solat Istikharah dulu. Alhamdulillah malam tadi dah buat, untuk hari pertama. Keputusannya masih kabur. Insya Allah malam ni aku sambung lagi dan malam esok, last. Lepas tu aku akan habaq kat Ketua Pemuda apa keputusannya. Dengan Ketua Penerangan Kawasan, nanti laaa.

Lepas ni mungkin ada offer-offer lagi yang akan mai... Aku agak laaa. Tak ada lagi bagus....

Minggu depan aku akan jadi antara orang yang kalut pasai akan dapat biras berkembar. 2 orang adik ipar aku serentak akan melangsungkan akad nikah. Yang tengah kalut la ni ialah bini aku. Nak sambut adik ipar punya pasallaaa. Sebagai menantu sulong dalam keluarga mertua aku, berat juga laa tugas aku lepas ni. Menjadi tukang bagi nasihat tak rasmi bila diminta. Waduhhh!!

[...]

PAS Padang Serai : Tahniah Kepada Yang Menang!

1 komen

Tahniah aku ucapkan kepada pemegang amanah tertinggi yang dipilih oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Padang Serai terutama kepada :

Yang DiPertua : Tuan Haji Fauzi Tahir
Timbalan Yang DiPertua : YB Ustazah Siti Aishah Ghazali
Naib Yang DiPertua : Cikgu Sazali Sudin
Ketua Urusan Ulamak : Ustaz Ridzuan
Ketua Pemuda : Abu Tolib

dan AJK-ajk lain yang terpilih.

[...]

Isu dalaman PAS : Menunggu suara keramat Murabbi Tarbiyyah

0 komen

Kala pemilihan kepimpinan PAS ini macam-macam perkara berlaku, lobi melobi, hentam menghentam, kritik mengkritik dan macam-macam cacat cela yang berlaku melalui medium online. Bila keadaan yang menyebabkan keserabutan timbul, seolah-olah dilihat tiada penghujungnya. Sehingga kini aku ternanti-nanti kata-kata pemutus dari beberapa orang murabbi tarbiyyah dalam kepimpinan PAS terutamanya Al-Fadhil Ustaz Yahaya Othman dan Al-Fadhil Ustaz Harun Taib. Sehingga kini, medium berita online tidak lagi memetik kata-kata dari mereka. Aku ternanti-nanti kata-kata pemutus yang keluar dari mulut mereka, bagaimana menyelesaikan pertikaian semasa pemilihan kepimpinan ini. Harap ada pihak yang menyampaikan kepada mereka.

[...]