Demi Sirr dan Hazar

3 komen

Melihat kepada suasana semasa dan keadaan Harakah Islamiyyah yang disertai, adalah dengan ini dimaklumkan demi menjaga jemaah dari anasir yang merosakkan, saya menyeru kepada diri saya dan para pimpinan agar marilah kita berhenti berblog supaya tiada berlaku perkara rahsia dalam parti dibongkarkan kepada umum. Marilah kita berhenti berblog demi menjaga kesatuan jemaah. Suasana yang selesa dahulunya kini menimbulkan bibit-bibit perpecahan apabila blog menjadi budaya menghentam antara satu dengan yang lain. Tirulah Ustaz Azizan dalam tindakan!!! Apakah pimpinan Ikhwan turut berblog? Cukuplah laman web sebagai medan untuk dakwah. Pentarbiyyahan tidak berlaku secara online.

[...]

Menjelang Muktamar : Status Kelab Penyokong PAS

1 komen

Kelab Penyokong PAS ditubuhkan bertujuan untuk menarik penyokong-penyokong bukan Islam mendokong perjuangan PAS yang berasaskan Perlembagaan PAS. Malangnya Perlembagaan PAS tidak memperuntukkan sebarang peruntukan yang menyebabkan bukan Islam boleh menjadi ahli PAS. Kelab Penyokong PAS tidak diketahui ditubuh dibawah peruntukan fasal ke berapa di dalam Perlembagaan PAS?

Justeru, memandangkan Kelab Penyokong PAS telahpun bertambah keahliannya, maka disarankan kepada para perwakilan dalam Muktamar Tahunan PAS bagi tahun ini membawa usul meminda Perlembagaan PAS untuk memperkasakan PAS dengan penubuhan sayap baru berstatus setaraf dengan Dewan-Dewan yang ada dengan peruntukan keahlian khusus kepada bukan Islam dengan dikekalkan nama Kelab Penyokong PAS. Peruntukan keahlian adalah dicadangkan sebagai Ahli Kelab Penyokong PAS dengan hak untuk mengundi dan diundi untuk pelantikan pemimpin Kelab Penyokong PAS serta dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya dengan persetujuan Majlis Syura Ulamak.

Semoga mendapat perhatian sewajarnya dari para perwakilan yang prihatin.

[...]