Muktamar PAS : Puak2 Islam Liberal Mula Merasai Kepanasan

Setelah pemilihan kepimpinan PAS selesai, berbunyilah puak-puak yang menyokong agenda Islam Liberal dengan menegur PAS berhubung usul perwakilan meminta kerajaan mengharamkan Sister In Islam. Beberapa individu yang kononnya membawa imej islamik di dalam parti gabungan Pakatan Rakyat mula mendedahkan diri mereka. Puak2 blogger yang menyokong satu Grand Design untuk melingkupkan PAS mula mengkritik kepimpinan yang telah dilantik. Alhamdulillah agenda Umno dan musuh Islam untuk menghancurkan PAS dari dalam telah diselamatkan oleh Allah SWT dengan berkat doa orang-orang yang soleh. Kemenangan Ustaz Nasha mengetepikan dua yang lain memang dijangkakan. Betullah kata calon Timbalan Presiden PAS, Abang Mat Sabu dalam program seminar kembalikan penghayatan Jihad di SRIDU pada tahun 2006 yang lalu bahawa ada individu yang cuba membawa budaya Umno ke dalam PAS. Budaya Umno telah ditolak oleh majoriti perwakilan dalam PAS walaupun terpaksa mengorbankan Abang Mat seperti mana yang turut diperkatakan oleh Abang Mat dalam program tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada Abang Mat yang sanggup mengorbankan diri untuk keutuhan jemaah.

0 komen:

Post a Comment

Silakan untuk komen isu yang dipaparkan. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Taip sahaja. Elakkan daripada caci maki. Itulah harapan pihak kami.