Musim offer jawatan kepada aku

2 minggu sudah, Ketua Penerangan Kawasan approach aku, minta aku jadi AJK dia. Aku habaq, nanti sat. Bagi kat aku peluang untuk buat solat Istikharah dulu. Sampai la ni aku tak buat lagi. Tak tau pasai pa. Mungkin pasai kalut ngan Karnival Sukan budak-budak PASTI. Kemarin, Ketua Pemuda mesej, pun minta aku jadi AJK dia. Aku habaq kat dia, bagi masa 3 hari. Pasai nak buat Solat Istikharah dulu. Alhamdulillah malam tadi dah buat, untuk hari pertama. Keputusannya masih kabur. Insya Allah malam ni aku sambung lagi dan malam esok, last. Lepas tu aku akan habaq kat Ketua Pemuda apa keputusannya. Dengan Ketua Penerangan Kawasan, nanti laaa.

Lepas ni mungkin ada offer-offer lagi yang akan mai... Aku agak laaa. Tak ada lagi bagus....

Minggu depan aku akan jadi antara orang yang kalut pasai akan dapat biras berkembar. 2 orang adik ipar aku serentak akan melangsungkan akad nikah. Yang tengah kalut la ni ialah bini aku. Nak sambut adik ipar punya pasallaaa. Sebagai menantu sulong dalam keluarga mertua aku, berat juga laa tugas aku lepas ni. Menjadi tukang bagi nasihat tak rasmi bila diminta. Waduhhh!!

0 komen:

Post a Comment

Silakan untuk komen isu yang dipaparkan. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Taip sahaja. Elakkan daripada caci maki. Itulah harapan pihak kami.