Isu dalaman PAS : Menunggu suara keramat Murabbi Tarbiyyah

Kala pemilihan kepimpinan PAS ini macam-macam perkara berlaku, lobi melobi, hentam menghentam, kritik mengkritik dan macam-macam cacat cela yang berlaku melalui medium online. Bila keadaan yang menyebabkan keserabutan timbul, seolah-olah dilihat tiada penghujungnya. Sehingga kini aku ternanti-nanti kata-kata pemutus dari beberapa orang murabbi tarbiyyah dalam kepimpinan PAS terutamanya Al-Fadhil Ustaz Yahaya Othman dan Al-Fadhil Ustaz Harun Taib. Sehingga kini, medium berita online tidak lagi memetik kata-kata dari mereka. Aku ternanti-nanti kata-kata pemutus yang keluar dari mulut mereka, bagaimana menyelesaikan pertikaian semasa pemilihan kepimpinan ini. Harap ada pihak yang menyampaikan kepada mereka.

0 komen:

Post a Comment

Silakan untuk komen isu yang dipaparkan. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Taip sahaja. Elakkan daripada caci maki. Itulah harapan pihak kami.