Melihat blog yang wujud akhir-akhir ini, dapat kelihatan pandangan-pandangan yang mengkritik idea yang digagaskan oleh YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS berhubung perlunya mewujudkan sebuah Kerajaan Perpaduan dimana tiada pembangkang dalam negara ini untuk mengatasi kemelut ekonomi dan politik yang melanda akhir-akhir ini. Beberapa orang bloggers dan segelintir ahli cenderung mengkritik idea Tuan Guru Presiden. Mereka yang beriman dengan sedalam-dalamnya akan demokrasi tetap mempertikaikan pandangan tulus Tuan Guru Presiden. Seolah-olah demokrasi berpilihanrayalah satu-satunya jalan untuk Islam mendapat kekuasaan.
Sebagai sebuah anggota gerakan Islam, seharusnya ahli-ahli memahami bahawa jalan untuk menegakkan Islam itu pelbagai. Bukan demokrasi semata-mata. Demokrasi bukan membawa pengertian maksud Syura yang sebenar. Demokrasi merupakan sebahagian daripada intipati Syura. Syura adalah perkara yang lebih luas dari demokrasi. Kita menyertai demokrasi berpilihanraya kerana sifat sebuah gerakan Islam adalah pragmatik dan opportunis terhadap kebangkitan Islam. Mungkin hari ini demokrasi sesuai untuk menegakkan kekuasaan, esok belum tentu! Justeru, gagasan Kerajaan Perpaduan merupakan salah satu jalan menuju kepada Sistem Syura dan haruslah kita sokong. Aku turut bersetuju dengan pendapat hasbullah pit dalam blognya yang bertajuk:

1 komen:
aku bukan ahli mana2 politik..tapi aku mengikut perkembangan..so..aku nk tanya satu soalan saja kali ini.. apa maksud negara perpaduan pas dalam konteks masyarakat majmuk.. aku menyetujui islam adalah agama rasmi dan malaysia adalah negara Islam, tapi apa formula terbaik dari pas untuk mendaulahkan Islam di Malaysia lebih dari apa yang Umno dah buat di Malaysia, dalam masa yang sama dapat menghilangkan prejudis kaum lain pada pentadbiran Islam..
Apakah formulanya? apakah modelnya..? bolehkah pas sahaja mengubahnya? revolusi? kita buat ala taliban dan terus memburukkan nama Islam? atau perlu ikot sistem parlimen yang dikatakan penjajah?
terus terang aku tolak PKR dan DAP dan aku malu tgk Pas bekerjasama dgn mereka. Sedangkan DAP terus memomok-momokan bukan Islam untuk tolak Islam, dan minta pas jgn berjuang untuk negara Islam.
Apa maksud negara Islam ni?
pada aku..solution adalah Umno dan Pas bekerjasama, tapi tidak bergabung.
Melayu Islam masih lagi majoriti di byk kawasan parlimen
Pada masa itu, jika Pas dan Umno bekerjasama demi Islam dan Melayu di tanah Melayu ini, 2/3 sudah di dalam genggaman..
fikirkan..jgn pakai Islam hanya pada baju dan kopiah..kalau islam tu hanya baju dan kopiah, sungguh kasihan umat Islam lain di sebelah dunia yang tak tahu kopiah tu ape..
apebende kerajaan perpaduan tu, apa modelnya, apa gerak kerjanya? macamana nk bentuk kerajaan tu?siapa yang nk dipadukan?.. jgn cuma bersorak saja tapi tak tahu utk menerangkan bila orang bertanya lebih lanjut.
semoga allah memberkati kita dalam mencari jalan keredhaannya.
terima kasih sebab tag blog saya.. saya amat menghargainya
Post a Comment
Silakan untuk komen isu yang dipaparkan. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Taip sahaja. Elakkan daripada caci maki. Itulah harapan pihak kami.