Ya Allah!
Daku meminta dan memohon kepadaMu
Agar dikau menyelesaikan
Kemelut yang melanda
Jemaah yang menunjangi Islam iaitu PAS
Di bumi Malaysia yang kucintai ni
Ya Allah!
16 September telahpun berlalu pergi
Bersama-sama pergi dengannya
Telah berlaku sedikit kekacauan
Keributan, penghinaan, kritikan
Antara pimpinan jemaah ini
Ya Allah!
Kau tautkanlah hati-hati yang ikhlas
Berjuang di atas agamaMu
Agar sentiasa menyayangi dan menghormati
Antara satu dengan yang lain
Ya Allah!
Dibulan yang mulia ini
Bulan Ramadhan yang dijanjikan
Waktu yang mustajab lebih dari seribu bulan
Daku memohon keampunan daripadaMu
Daku memohon pertolongan dariMu
Untuk menyatukan pimpinan-pimpinan kami
Agar sentiasa istiqamah atas dasar Islam
Agama yang Engkau redhai
Perkenankanlah permintaan hambaMu ini
Wahai tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
PAS akan buang hadis palsu dalam teks prasekolah
2 weeks ago

