Isu Muzakarah : Rebutan Kerusi Timbalan Presiden PAS

2 komen

Dhomir aku memandang isu Muzakarah antara PAS-Umno seolah-olah ada pihak sedang menangguk di air yang keruh. Ada usaha pihak tertentu sedang mengintai-intai kerusi Timbalan Presiden PAS yang disandang oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Ada usaha melobi secara halus untuk Muktamar pemilihan tahun hadapan. Kalau tak percaya boleh merujuk blog Faisal Tehrani berhubung tajuk PAS: Buang 'Nasha' atau Buang 'Orang Itu'. Bagi aku Ustaz Harun Taib tak masuk dalam senarai tu kali ini. Satu isu yang dibangkitkan berupaya untuk melumpuhkan dua orang tenaga penggerak tarbiyyah di dalam PAS, sama ada Ustaz Nasha atau Ustaz Harun Taib sendiri. Dalam isu Muzakarah, ada bunyi-bunyi yang menuduh Ustaz Harun Taib terlibat dalam perbincangan bersama Umno sedangkan menurut Ustaz Wan Ji dalam blognya al-bakistani, penafian telah dibuat oleh Ustaz Harun Taib dalam perbualan telefon seperti yang dibangkitkan melalui tajuk APA GUNA KERAJAAN KALAU ISLAM TIDAK TERLAKSANA.


Gambar : Ustaz Harun Taib dan Ustaz Nasharuddin


Pemilihan tahun sudah turut memeningkan golongan yang menerima tarbiyyah PAS dalam isu memilih Timbalan Presiden. Aku turut diajukan soalan yang sama oleh Ustaz Yahaya Othman, murabbi yang aku kagumi dalam satu program pada awal tahun baru-baru ini. Terkedu aku untuk menjawab dibuatnya. Yang pasti aku takkan nyatakan jawapan aku pada Ustaz Yahaya di sini. Nampak gaya ada usaha-usaha untuk meruntuhkan PAS dari dalam. Pimpinan PAS kena sedar berhubung isu ini sebelum terlewat.

Siapakah gerangannya opportunis tersebut? Fikir-fikirkanlah!

[...]

Wabak Sepanjang Jalan Satu Realiti

1 komen

Akhir-akhir ini riuh dengan isu Muzakarah antara PAS dan Umno. Ada yang setuju, ada yang tak, ada yang pening dan macam-macam. Bagi aku, kalau ada kebaikan disebalik muzakarah silakan, kalau timbul keburukan, sebaiknya pihak pimpinan dielakkan oleh Allah swt dari menyertai muzakarah tersebut. Belek punya belek dari Tranungkite sampailah dari blog ke blog, rupanya orang jengok juga buku "Wabak Sepanjang Jalan" atau dalam Bahasa Arabnya "Afaat 'Ala Toriq" yang pernah aku dan rakan-rakan gunakan sebagai salah satu buku rujukan dalam usrah. Sebelum nama buku tersebut disebut oleh Ustaz Yussaine dalam blog beliau, aku dah komen dah pasai PKR yang tiada sistem tarbiyyah dalam komen Tranungkite dan aku sebut jugak pasai "isti'jal" yang ada dalam buku tersebut. Kalau kita lihat suasana negara pada hari ni, memang tak dapat dinafikan banyak dari kalam-kalam dalam buku tersebut terjadi secara realiti. Kalau dulunya, semasa PAS belum pernah memenangi sebarang kerusi dalam Parlimen Padang Serai atau dahulunya Kulim Utara, agak susah juga satu persatu isu yang dibangkitkan dalam buku tersebut untuk muncul. Tetapi kini setelah PAS berjaya menawan DUN Merbau Pulas dalam Parlimen ini, satu demi satu isu yang dibicarakan oleh buku tersebut keluar secara realiti. Walau bukan berada di dalam Parlimen ini, berlaku jua di kawasan Parlimen lain. Dan tak mustahil juga akan berjangkit ke kawasan Padang Serai ini.

Walau apa pun yang muncul, moga-moga pentarbiyyahan PAS khususnya di negeri Kedah yang memasuki era pemantapan usrah seharusnya dapat membentuk kembali sikap amilin dan para ahli supaya sesuai dengan kehendak jemaah sebagai Harakah Islamiyyah. Adalah amat perlu sikap-sikap mazmumah/buruk yang terdapat dalam buku tersebut dapat ditangani sekiranya mula menjalar dikalangan aktivis harakah.

[...]