PRU Ke 12

2 komen

Alhamdulillah. Aku telah aktif kembali berblog khususnya setelah berada dalam musim Pilihanraya Umum kali yang ke 12 ini. Alhamdulillah juga, kali ni hidupku tidak lagi sepi berseorangan kerana telah mendapat pendamping diri untuk meneruskan perjuangan.

Pilihanraya Umum kali ini memang menyebabkan aku agak kalut sikit sebab bertembung dengan Majlis Walimah sebelah zaujah. Pagi-pagi hari mengundi tanggal 8 Mac nanti, aku akan pi dengan semangat sekali untuk memastikan DUN Lunas kembali menobatkan calon Barisan Alternatif sebagai wakil rakyatnya. Kemudian barulah akan balik untuk membuat persiapan majlis kenduri. Kepada Saudara Mohammad Radzhi Salleh, calon PKR DUN N34 Lunas, selamat berjuang! Kepada Saudara N. Gobalakrishan, moga-moga kejayaan besar menanti kita untuk Parlimen P17 Padang Serai dalam Pilihanraya Ke 12 kali ni. Makkal Sakhti!

Reformasi!
Reformasi!
Reformasi!
Allahu akbar!
Allahu akbar!
Allahu akbar!
Walillahil Hamd!

[...]