Blogger Biadap Pasca Muktamar

Muktamar Tahunan PAS kali ke 54 telahpun melabuhkan tirai minggu lalu. Cakap-cakap selepas Muktamar masih lagi berbunyi. Terbaru, seorang blogger penakut @ pengecut telah memainkan isu berhubung kepimpinan PAS. Isu yang dimainkan memang terjurus ke arah memecahbelahkan perpaduan ahli jemaah. Blogger yang dimaksudkan ialah http://antihusam.blogspot.com

Entah kerana beliau meluatkan Dato' Husam menyebabkan penghinaan demi penghinaan dilakukan terhadap Dato' Husam dan beberapa pimpinan yang lain. Beliau juga membangkitkan isu berpuak-puak dikalangan pimpinan sehingga menggelarkan segelintir profesional di dalam PAS sebagai "Kumpulan Erdogan" yang kononnya diketuai oleh Dato' Husam. Ini fitnah terbaru yang cuba ditusukkan di dalam jemaah. Saya menyeru kepada pihak pimpinan dibawah teraju Tuan Guru Presiden untuk mengambil tindakan ke atas blogger yang biadap ini dan menyiasat siapakah dalang disebalik blog yang ber'URL'kan http://antihusam.blogspot.com. Kesatuan jemaah perlu dipadukan dan blog berunsur fitnah sebegini yang tidak bersumberkan maklumat yang benar haruslah ditolak dan gembleng tenaga dikalangan pimpinan yang mempunyai blog haruslah ada bagi meragukan fitnah yang dibangkitkan.

3 komen:

Muthanna Saari said...

macam-macam usaha untuk memecahbelahkan jemaah....

zahidyusof said...

saya cadang..siasat isi kandungan blog tu dulu betul atau tidak....

al-Balingi said...

Assalamualaikum,

Perselisihan faham dan pendapat adalah perkara biasa dalam jamaah. Sebuah organisasi yang mempunyai hampir sejuta ahli diselubungi perkara sebegini adalah 'normal'. Namun yang menyedihkan perbedaan pendapat ini perlu ditangani dengan baik dan beradab. Mencabar perdebatan ilmiah di alam maya adalah mendedahkan kelemahan jamaah. Bau busuk akan di hidu oleh pihak musuh dan yang pastinya mereka tidak akan berdiam diri. Pasti nya mereka akan menyerang dari segenap penjuru. Saya merujuk perdebatan ilmiah antara YB Khalid Samad dan Nik Abduh. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Golongan seperti antihusam menunggu peluang terhidang sebegini untuk memburukkan lagi PAS.

Post a Comment

Silakan untuk komen isu yang dipaparkan. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Taip sahaja. Elakkan daripada caci maki. Itulah harapan pihak kami.